Sunday, January 9, 2011

KEMPEN MENUTUP AURAT



Assalamualaikum...
Poster ini telah diubah suai oleh penulis dan rakan sebilik. Tujuannya adalah untuk mengajak rakan-rakan supaya menjaga dan menutup aurat. Ini adalah salah satu cara penulis cuba berdakwah kepada rakan-rakan yang sesama islam.
Allah itu cantik. Dan allah suka kepada kecantikan. Tidak adil rasanya kekacakan dan kejelitaan yang Allah kurniakan kepada seseorang disalahgunakan. Kenapa ini tidak adil?
Sebabnya adalah Allah s.w.t mahu menguji umat-nya sama ada bersyukur atau tidak di atas nikmat kurniaannya. Itulah satu tujuan Allah mencipta manusia. Tetapi tujuan utamanya adalah seperti yang dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56:

"Aku tidak menjadikan jin dan menusia melainkan agar mereka beribadah kepaka-Ku".

Bukankan menutup aurat itu merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t? Ibadah meliputi ruang yang luas. Bukan sekadar solat lima waktu, berpuasa menunaikan zakat dan sebagainya. Kita sebagai hamba allah sepatutnya berpesan kepada perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar. Allah s.w.t berfirman dalam surah ali-imran ayat 104:

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".

Jadi, penulis  berasa terpanggil untuk berkongsi mengenai kempen menutup aurat kerana melihat begitu ramai sekali rakan-rakan yang sesama islam mengabaikan larangan supaya menutup aurat.

Friday, January 7, 2011

takruf

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t kerana berjaya memiliki jua blog. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda serta kaum kerabat baginda.
alhamdulillah...
Penulis pernah mempunyai  blog sebelum ini tetapi dibuat secara berkumpulan. kali ini, penulis dengan azam dan tekad yang tinggi ingin mempunyai blog hasil daripada usaha sendiri. Setelah memerah otak untuk memikirkan tajuk blog, akhirnya...
"inilah masanya" berjaya memikat hati penulis.